Perang Dunia I Kerjaya_Tentera_Adolf_Hitler

Hitler menerima bahagian terakhir harta pusaka bapanya pada Mei 1913 dan berpindah ke Munich dimana beliau memperolehi wang dari melukis pemandangan seni bina. Beliau mungkin meninggalkan Vienna untuk mengelak pengerahan kedalam Tentera Darat Austria.[1] Hitler kemudian mendakwa beliau tidak mahu berkhidmat dengan Empayar Habsburg kerana "campuran kaum" didalam tentera daratnya. Polis Bavaria menghantarnya pulang ke Salzburg untuk pelantikkan kedalam Tentera Darat Austria tetapi beliau gagal pemeriksaan fizikal pada 5 Februari 1914 dan kembali ke Munich.[1]

Beliau berusia 25 tahun pada Ogos 1914, apabila Austria-Hungary dan Empayar Jerman memasuki Perang Dunia Pertama. Disebabkan warga Austria, beliau telah memohon kebenaran untuk berkhidmat didalam Tentera Darat Bavaria. Kebenaran telah diterima.[2] Hitler hampir tersilap di daftarkan masuk tentera bagi pihak kerajaan. Ini berdasarkan laporan oleh pihak berkuasa Bavaria pada tahun 1924 yang mempersoalkan bagaimana Hitler telah dibenarkan untuk berkhidmat dalam Tentera Darat Bavaria. Mereka tidak dapat menjelaskan mengapa beliau tidak dihantar pulang ke Austria pada tahun 1914 selepas beliau gagal pemeriksaan fizikal untuk Tentera Darat Austria dan membuat kesimpulan bahawa kewarganegaraan Hitler memang tidak dibangkitkan, dengan itu beliau dibenarkan untuk memasuki Tentera Darat Bavaria.[3] Didalam tentera, Hitler berterusan meluahkan idea-idea nasionalis Jerman yang beliau kembangkan sejak kecil.[4]

Semasa peperangan, Hitler bertugas di Perancis dan Belgium didalam Rejimen Ke-16 Simpanan Bavaria. Beliau merupakan askar infantri dalam Kompeni Pertama semasa Pertempuran Ypres Pertama (Oktober 1914), yang diingati di Jerman sebagai Kindermord bei Ypern (Pembunuhan Orang Tidak Bersalah) kerana lebih kurang 40,000 anggota (antara satu pertiga setengah) dari sembilan divisyen infantri yang baru didaftarkan telah terkorban dalam masa 20 hari. Rejimen Hitler memasuki pertempuran dengan 3,600 anggota dan akhirnya tinggal 611 orang sahaja.[5] Komander rejimen turut terkorban dan selepas itu mereka dikenali sebagai Rejimen List sempena menghormatinya. Menjelang Disember kompeni Hitler sendiri yang berjumlah 250 orang telah berkurangan kepada 42 orang. Penulis biografi John Keegan mendakwa bahawa pengalaman ini memaksa Hitler lebih suka menyendiri dan ditarik balik untuk tempoh akhir perang.[6] Selepas pertempuran itu Hitler telah dinaikkan pangkat dari Schütze (Prebet) ke Gefreiter (Lans Koperal) dan ditugaskan sebagai penghantar pesanan rejimen.

Fail:Hitler with other German soldiers.jpgHitler muda (hujung kiri di barisan bawah) bergambar dengan askar Jerman yang lain dan anjing mereka Fuchsl.Hitler duduk dihujung kanan bersama askar-askar rejimen "List" dan Fuchsl.

Ada orang beranggapan tugasan itu adalah "kerja yang agak selamat", kerana markas rejimen sering berada beberapa batu dibelakang Barisan Depan.[7] Menurut Thomas Weber dari Universiti Aberdeen, para sejarawan lebih awal dalam waktu tersebut tidak dapat membezakan antara utusan rejimen, yang berpangkalan jauh dari depan "dalam kehidupan selesa", dan utusan kompeni, atau batalion, yang bergerak ditengah-tengah parit perlindungan dan lebih kerap ditembak.[7]

Hampir tidak menghairankan bagi mereka yang tinggal dalam parit perlindungan dicemburui orang-orang dibelakang. Tetapi kehidupan selesa dan keselamatan dialihkan daripada mengakui satu langkah penting dalam kebangkitan Hitler memerintah angkatan tentera Jerman.[petikan diperlukan] Markas rejimen menjadi bilik darjah yang mana beliau mendapat pendidikan tentera sambil bertugas. Selama hampir empat tahun beliau dibenarkan membaca arahan masuk, perintah-perintah dan arahan keluar. Beliau belajar sejarah ketenteraan dan teori serta membincangkan idea-ideanya dengan para pegawai. Beliau mengkaji keupayaan senjata Jerman dan Pihak Bersekutu secara terperinci, mempelajari halaju laras meriam dan jarak tiub artileri dan mesingan, serta kuasa kuda dan kapasiti mengangkut trak baru dan otomobil.[petikan diperlukan] Selepas Rejimen List diserang oleh kereta kebal British berhampiran Ypres pada 31 Julai 1917[8] beliau juga mengkaji mereka. Tugas-tugas utusan berubah kerana tentera ketumbukan di Barisan Barat berkedudukan bertahan. Beberapa pesanan dihantar melalui jalan kaki atau basikal dan lebih-lebih lagi melalui telefon. Namun, apabila litar mengalami kerosakan dua utusan telah dihantar untuk membaiki kerosakan itu; ini kebiasaannya berlaku semasa pengeboman.[petikan diperlukan] Kumpulan rakan-rakan rapat tentera beliau yang di tunjukkan dalam gambar juga berada di markas. Mereka mentertawakan "Adi" kerana geli gelaman dengan cerita-cerita kotornya dan menukar catuan jem mereka dengan tembakaunya.[lower-alpha 1]

Pada awal tahun 1915, beliau membela seekor anjing sesat yang dinamakan Fuchsl (rubah kecil), yang telah diajar banyak teknik kepandaian dan menjadi teman kesayangannya. Hitler menggambarkannya sebagai seekor "anjing sarkis yang sesuai". Pada Ogos 1917, Rejimen List telah dipindahkan ke sektor yang sunyi di Alsace. Semasa dalam perjalanan, kedua-dua Fuchsl dan lakaran portfolio Hitler serta lukisannya telah dicuri.[10] Hitler telah kecewa dengan kehilangan ini, tetapi mengambil cuti pertamanya dengan melawat Berlin selama 18 hari dimana beliau tinggal bersama keluarga kawannya.[11]

Rejimen List berjuang dalam banyak pertempuran, termasuklah Pertempuran Ypres Pertama, Pertempuran Somme, Pertempuran Arras, dan Pertempuran Passchendaele.[12] Semasa Pertempuran Fromelles pada 19–20 Julai 1916 pasukan Bavaria ini telah diserang oleh askar Australia yang melancarkan serangan pertama mereka di Perancis. Serangan mereka telah ditangkis, mengalami kerugian kedua tertinggi di Barisan Barat, kira-kira 7,000 anggota.[13] Sejarah Rejimen List memuji pertahanan cemerlang ini sebagai "penjelmaan Tentera Darat Jerman di Barisan Barat".[14]

Pada Perbicaraan Nuremberg, dua daripada bekas orang atasannya memberi keterangan bahawa Hitler enggan dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat.[15] Hitler telah dikurniakan sebanyak dua kali pingat keberanian. Beliau menerima pingat biasa Iron Cross, Kelas Dua, pada tahun 1914 dan Iron Cross, Kelas Pertama, pada tahun 1918, iaitu satu penghormatan yang jarang-jarang diberikan kepada seorang Gefreiter.[16] Iron Cross Kelas Pertama Hitler telah disyorkan oleh Hugo Gutmann, seorang ajutan List berbangsa Yahudi.[17] Menurut Weber anugerah yang jarang-jarang ini biasanya dikurniakan kepada mereka yang ditugaskan ke markas rejimen, seperti Hitler, yang mempunyai banyak hubungan dengan para pegawai kanan daripada askar medan.[7] Iron Cross Hitler, Kelas Pertama telah dikurniakan selepas satu peperangan terbuka semasa utusan-utusan amat diperlukan dan pada hari yang sama rejimen kerugian 60 orang terkorban dan 211 orang tercedera.[18]

Sekeping poskad yang dihantar oleh Hitler dari Munich pada 19 Disember 1916, dimana beliau menjelaskan penglibatannya dalampertempuran Perang Dunia Pertama secara sukarela.

Semasa Pertempuran Somme pada Oktober 1916,beliau telah cedera di peha kiri apabila sebutir peluru meriam meletup di pintu masuk ke kubu perlindungan penghantar utusan.[19] Beliau merayu tidak dipindahkan,[20] tetapi telah dihantar selama hampir dua bulan ke hospital Palang Merah di Beelitz. Selepas itu, beliau telah diarahkan ke sebuah depot di Munich. Beliau menulis surat kepada pegawai memerintahnya, Hauptmann Fritz Wiedemann, meminta agar beliau dipanggil semula ke rejimen kerana beliau tidak dapat bertahan di Munich apabila beliau tahu rakan-rakannya berada di Garisan Depan.[21] Wiedemann mengatur untuk membawanya kembali ke rejimen pada 5 Mac 1917.[11]

Pada 15 Oktober 1918, beliau dan beberapa rakan telah buta sementara —dan mengikut Friedelind Wagner[22] Hitler juga kehilangan suara— disebabkan serangan gas mustard British. Selepas rawatan awal, Hitler telah dimasukkan ke hospital Pasewalk.[23] Ketika disana pada 10 November, Hitler mengetahui kekalahan Jerman daripada seorang paderi, dan—oleh ceritanya sendiri—semasa menerima berita ini beliau mengalami serangan buta kali kedua.[24] Hitler telah berasa marah dengan Persetiaan Versailles, yang memaksa Jerman menyatakan bahawa merekalah yang memulakan perang, melucutkan beberapa wilayah Jerman, mengosongkan tentera di Rhineland yang telah diduduki oleh pihak Bersekutu, dan mengenakan sekatan ekonomi. Hitler kemudian menulis, "Sewaktu saya terlantar di atas katil, idea muncul untuk saya membebaskan Jerman, dan akan menjadikannya hebat. Dengan pantas saya tahu ia akan direalisasikan."[25] Bagaimanapun ia tidak dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau tidak terlibat dalam kerjaya politik.[26]

Hitler mahu kekal dalam tentera selepas perang, tetapi ini adalah mustahil dengan pengecilan angkatan tentera. Beliau kembali ke Munich untuk pemberhentian dari khidmat kerahan.[27] Pada Julai 1919 beliau telah dilantik sebagai Verbindungsmann (ejen perisikan) sebuah Aufklärungskommando (pasukan rekonaisans) Reichswehr, bagi mempengaruhi askar yang lain dan bagi meresapi Parti Buruh Jerman (DAP). Sewaktu memantau aktiviti-aktiviti DAP, Hitler tertarik dengan pengasas Anton Drexler yang antisemitik, nasionalis, anti kapitalis, dan anti idea-idea Marxis.[28] Tertarik dengan kemahiran berpidato Hitler, Drexler menjemput beliau menyertai DAP, yang mana Hitler lakukan pada 12 September 1919.[29]